Thailand catat 2,424 kes baharu

BANGKOK 22 Julai – Thailand melaporkan 25 lagi kematian hari ini akibat Covid-19 berbanding 23 semalam dengan jumlah kes harian pula 2,424, turun sedikit berbanding 2,607 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat ini adalah 31,098 orang manakala jumlah kumulatif kes 4,570,885.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, setakat tengah malam Khamis, sebanyak 24,028 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,624 di hospital, 474 di kemudahan hospital dan 11,889 di rumah atau pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 868 dalam keadaan kritikal dan 393 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 1,816 pesakit dilaporkan sembuh da dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,515,759.

Related posts

Leave a Comment