Indonesia catat 4,834 kes Covid-19

JAKARTA 23 Julai – Sebanyak 4,834 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Indonesia setakat ini meningkat kepada 6,159,328 sejak kes pertama diumumkan pada 2 Mac 2020.

Menurut data yang dikeluarkan, pertambahan kes tertinggi berlaku di Jakarta dengan 2,465 kes diikuti Jawa Barat 933 dan Banten dengan 550 kes.

Sebanyak 3,363 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 5,964,196 manakala 13 orang meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 156,893 orang.

Ketika ini terdapat 38,239 kes aktif Covid-19 iaitu pertambahan sebanyak 1,458 kes berbanding hari sebelumnya

Related posts

Leave a Comment