Kes pertama cacar monyet di Thailand

BANGKOK 22 Julai – Thailand mengesahkan kes pertama cacar monyet, melibatkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun, yang baru sahaja memasuki Phuket dari Nigeria. 

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata, lelaki tersebut sudah sakit selama kira-kira seminggu dan dimasukkan ke hospital  di pulau tersebut. 

Pesakit tersebut mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema dan ruam. Dia diuji positif cacar monyet menerusi ujian tindak balas rantaian polimerasi (PCR) pada 19 Julai.

Jawatankuasa Kawalan Penyakit Nasional mengesahkan pada 21 Julai bahawa ia merupakan kes pertama cacar monyet di Thailand. 

Dr Opas berkata, penguasa kesihatan sudah diberi arahan untuk mempertingkatkan pemantauan agar dapat membendung penularan cacar monyet. 

Cacar monyet, iaitu satu penyakit virus, berlaku khusunya di kawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Barat. 

Jumlah kes cacar monyet yang dilaporkan di kawasan lain di luar negara Afrika Tengah dan Barat semakin mengingkat sejak awal Mei. 

Related posts

Leave a Comment