5,410 kes baharu Indonesia

JAKARTA 21 Julai – Kes harian Covid-19 di Indonesia kekal melepasi 5,000 kes hari ini dengan merekodkan 5,410 berbanding 5,653 semalam dan 5,085 pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 6,154,494 orang dengan jumlah kumulatif sembuh pula sebanyak 5,960,833 orang termasuk 2,925 yang dilaporkan pulih hari ini. Lima lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 156,880 kematian. Menurut data yang dikeluarkan Jakarta mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,883 kes diikuti Jawa Barat 952 kes, dan Banten 644 kes.

Read More

9,749 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 21 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,749‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 9,318 jangkitan tempatan dan 431 ‬kes import. Dalam tempoh yang sama, tiga kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,466 orang meninggal dunia akibat Covid-19 manakala jumlah keseluruhan kes pula meningkat kepada 1,636,109. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 8,983 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 8,590 kes tempatan dan…

Read More

“Saya sahabat kepada semua rakyat”

COLOMBO : Veteran politik, Ranil Wickremesinghe, 73 yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak enam kali hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden Sri Lanka yang ke-8 untuk tempoh sehingga 2024. Beliau mengangkat sumpah jawatan selepas memenangi undian dalam pertandingan tiga penjuru semalam untuk menggantikan Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri dan kemudiannya meletak jawatan. Majlis angkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Ketua Hakim Negara, Jayantha Jayasuriya,p di Kompleks Parlimen yang dikawal ketat. Berikutan pelantikan itu, Wickremesinghe dikatakan sedang berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan bagi menguruskan pelbagai kemelut yang sedang dihadapi negara itu…

Read More

Jangan bawa pulang ganja Thailand

PADANG BESAR 21 Julai – Boleh pergi melancong ke Thailand tetapi jangan bawa pulang ganja ke negara ini walaupun negara berkenaan membenarkan penggunaan bahan terlarang itu. Itu pesanan Ketua Polis Perlis, Surina Saad, sambil mengingatkan tindakan yang boleh diambil terhadap individu yang membawa masuk ganja ke negara ini. Katanya, rakyat Malaysia dilarang membawa masuk ganja ke negara ini walaupun dalam bentuk produk seperti kek atau air yang mempunyai kandungan ganja yang rendah. “Kita tidak mempunyai kuasa melarang mereka pergi melancong dan mengambil ganja di negara jiran, namun boleh diambil tindakan…

Read More

Dijel selepas gagal bayar denda

PUTRAJAYA 21 Julai – Penghantar makanan yang mengaku bersalah hari ini atas pertuduhan membuat serta memulakan penghantaran komunikasi jelik menghina umat dan agama Islam serta Rasulullah SAW menerusi YouTube, terpaksa meringkuk selama enam bulan dalam penjara selepas gagal membayar denda RM50,000. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ketika mengesahkan perkara itu berkata Mohd Nor’ Muzil Mohd Razalli, 39, dihantar menjalani hukuman itu di Penjara Kajang, petang tadi. Terdahulu, Mohd Nor’ Muzil dihukum denda RM50,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, sejurus pertuduhan berkenaan…

Read More

“Santuni ayah jika masih ada”

KUALA LUMPUR 21 Julai – Seorang lelaki yang sudah dimanah usia sanggup bergegas di bawah terik matahari semata-mata untuk membantu anak saudaranya yang tiba-tiba tumbang ketika berkawad. Lelaki berkenaan yang sebelum itu berada di khemah tetamu segera berlari tanpa menghiraukan selipar dipakainya yang tertanggal, semata-mata untuk membantu anak saudaranya itu yang terbaring. Insiden ini disaksikan sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang, pagi ini sehingga ramai hadirin mengalirkan air mata menyaksikan detik itu Lebih-lebih lagi lelaki itu turut menggunakan tubuh…

Read More

Ketum, kanabis : KKM tunggu pakar

KUALA LUMPUR 21 Julai  – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kerangka pendaftaran produk berkaitan ketum dan kanabis selepas menerima pandangan daripada pakar berhubung aspek keselamatannya. Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum Bagi Tujuan Perubatan menerima pandangan daripada pakar berhubung aspek keselamatannya. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum Bagi Tujuan Perubatan yang dipengerusikannya akan melihat bukti terkini mengenai ketum dan kanabis, terutama bagi tujuan perubatan. “Selepas jawatankuasa ini mendapat pandangan pakar, sama ada ketum dan kanabis boleh digunakan dengan selamat bagi tujuan tertentu untuk…

Read More

PM Itali letak jawatan

ROM: Perdana Menteri Itali, Mario Draghi menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden, Sergio Mattarella hari ini selepas kerajaan perpaduannya berpecah. Kenyataan pejabat Mattarella memaklumkan, ketua negara itu telah ‘maklum’ mengenai peletakan jawatan itu dan meminta Draghi untuk kekal sebagai perdana menteri sementara. Kenyataan itu tidak menyatakan tindakan susulan yang bakal dilaksanakan Mattarella. Difahamkan, beliau mungkin akan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya lebih awal, yang dijadualkan pada September atau Oktober ini. Kerajaan pimpinan Draghi tumbang selepas tiga daripada rakan pakatannya menarik sokongan mereka dalam undi percaya. Krisis politik yang melanda kerajaan…

Read More

Baju Kurung Johor tema warna bendera

PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah tampil anggun dengan mengenakan pakaian tradisional Baju Kurung Johor ketika mengiringi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena lawatan rasmi ke Singapura yang bermula semalam. Baginda berkenan untuk memakai Baju Kurung Johor dengan tema warna bendera Singapura yang telah ditenun kainnya oleh Yayasan Warisan Johor. Tuanku Raja Zarith Sofiah turut mengenakan loket khas berbentuk bunga orkid Vanda Miss Joaquim – yang merupakan bunga kebangsaan Singapura, serta kerongsang yang dihadiahkan kepada Baginda oleh Sultan Johor – sebuah rekaan berasaskan Diadem DiRaja,…

Read More