PM Itali letak jawatan

ROM: Perdana Menteri Itali, Mario Draghi menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden, Sergio Mattarella hari ini selepas kerajaan perpaduannya berpecah.

Kenyataan pejabat Mattarella memaklumkan, ketua negara itu telah ‘maklum’ mengenai peletakan jawatan itu dan meminta Draghi untuk kekal sebagai perdana menteri sementara.

Kenyataan itu tidak menyatakan tindakan susulan yang bakal dilaksanakan Mattarella.

Difahamkan, beliau mungkin akan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya lebih awal, yang dijadualkan pada September atau Oktober ini.

Kerajaan pimpinan Draghi tumbang selepas tiga daripada rakan pakatannya menarik sokongan mereka dalam undi percaya.

Krisis politik yang melanda kerajaan ketika ini telah menamatkan tempoh kestabilan di negara itu sejak beberapa bulan lalu, di mana bekas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) itu membantu Itali meningkatkan kedudukannya dalam pasaran kewangan.

Related posts

Leave a Comment