9,749 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 21 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,749‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 9,318 jangkitan tempatan dan 431 ‬kes import.
Dalam tempoh yang sama, tiga kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,466 orang meninggal dunia akibat Covid-19 manakala jumlah keseluruhan kes pula meningkat kepada 1,636,109.
Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 8,983 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Ini terdiri daripada 8,590 kes tempatan dan 393 kes import manakala 766 kes disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 728 jangkitan tempatan, dan 38 kes import.
Sementara itu sebanyak 741 pesakit masih dirawat di hospital, dan daripada jumlah itu, 63 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 15 dipantau rapi di ICU manakala
6,724 pesakit dibenarkan keluar hospital.
Mengenai program vaksinasi, setakat 20 Julai, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment