5,410 kes baharu Indonesia

JAKARTA 21 Julai – Kes harian Covid-19 di Indonesia kekal melepasi 5,000 kes hari ini dengan merekodkan 5,410 berbanding 5,653 semalam dan 5,085 pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 6,154,494 orang dengan

jumlah kumulatif sembuh pula sebanyak 5,960,833 orang termasuk 2,925 yang dilaporkan pulih hari ini.

Lima lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 156,880 kematian.

Menurut data yang dikeluarkan Jakarta mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,883 kes diikuti Jawa Barat 952 kes, dan Banten 644 kes.

Related posts

Leave a Comment