Dijel selepas gagal bayar denda

PUTRAJAYA 21 Julai – Penghantar makanan yang mengaku bersalah hari ini atas pertuduhan membuat serta memulakan penghantaran komunikasi jelik menghina umat dan agama Islam serta Rasulullah SAW menerusi YouTube, terpaksa meringkuk selama enam bulan dalam penjara selepas gagal membayar denda RM50,000.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ketika mengesahkan perkara itu berkata Mohd Nor’ Muzil Mohd Razalli, 39, dihantar menjalani hukuman itu di Penjara Kajang, petang tadi.
Terdahulu, Mohd Nor’ Muzil dihukum denda RM50,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, sejurus pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Related posts

Leave a Comment