Manila tumpuan pemimpin dunia

MANILA – Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung dari Ahad hingga Rabu depan dijangka menarik kehadiran sekurang-kurangnya 19 pemimpin dunia dan ketua organisasi antarabangsa.

Mereka yang dijangka hadir adalah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Perdana Menteri China, Li Qiang, Perdana Menteri India, Narendra Modi, Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva.

Sidang kemuncak itu turut menghimpunkan pemimpin sembilan negara anggota ASEAN yang lain bersama Presiden Ferdinand Marcos Jr selaku Pengerusi ASEAN 2026.

Pemimpin ASEAN itu termasuk Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Pemimpin Kemboja, Laos, Vietnam dan Timor-Leste turut dijangka menyertai persidangan berkenaan.

Kehadiran Trump menjadi antara tumpuan utama apabila beliau dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.

Beliau merupakan antara pemimpin terakhir yang dijadual tiba di Manila, dengan pesawatnya dijangka mendarat kira-kira pukul 4.30 petang Rabu, iaitu kira-kira 30 minit sebelum majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 berlangsung.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama Trump ke Filipina sejak menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila pada 2017.

Sidang kemuncak kali ini turut menyaksikan penyertaan pemimpin dan wakil peringkat tinggi dari Australia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Antara yang dijadual hadir ialah Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese; Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi; Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

New Zealand diwakili Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar, David Seymour, manakala Rusia diwakili Menteri Luarnya, Sergey Lavrov sementara

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva dijadual menyampaikan ucapan dalam sidang pleno.

Sidang kemuncak itu dijadual berakhir dengan Filipina menyerahkan Pengerusi ASEAN kepada Singapura untuk tahun 2027.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment