SINGAPURA 1 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,087 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 8,592 jangkitan tempatan dan 495 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 1,453,155 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,415 orang termasuk dua kes yang dilaporkan hari ini. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 8,292 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 7,855 kes…
Read MoreDay: July 1, 2022
Jokowi kunjungi Presiden UAE
ABU DHABI 1 Julai – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengadakan pertemuan dengan Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed bin Sultan Al Nahyan, di Istana Al Shatie, di sini hari ini. Jokowi tiba di Istana Al Shatie sekitar pukul 13.30 waktu tempatan. “Terima kasih telah menerima kami, di tengah situasi seperti sekarang ini kita terus bekerjasama meningkatkan hubungan antara kedua negara,” kata Jokowi. Dalam pertemuan tersebut, kedua pemimpin melakukan pertukaran dokumen nota persefahaman atau MoU kerjasama di bidang perdagangan, perubahan iklim, kesihatan, maritim dan perikanan, pertahanan, pendidikan,…
Read MoreTiada lesen import, jual air zam zam
PUTRAJAYA 1 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang diberikan lesen bagi import dan penjualan air zam zam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM selepas mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport. Beliau berkata, air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Dalam hal ini, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan…
Read More2,354 kes baharu Covid-19 di Thailand
BANGKOK 1 Julai – Thailand merekodkan 16 lagi kematian akibat Covid-19 dengan jumlah kes baharu 2,354 dalam tempoh 24 jam berbanding 14 kematian dan 2,695 kes yang direkodkan semalam. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah tersebut tidak termasuk 4,814 kes keputusan positif hasil ujian antigen. Daripada jumlah kes baharu itu juga, sebanyak 2,350 kes dalam kalangan penduduk tempatan manakala empat adalah kes import. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 4,525,269 dengan jumlah kumulatif meninggal dunia 30,664 orang. Setakat semalam, sebanyak 24,115 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,415…
Read MoreDr Joachim bakal ganti Ongkili
KOTA KINABALU 1 Julai – Pemilihan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang berlangsung semalam menyaksikan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dr Joachim Gunsalam memenangi jawatan Timbalan Presiden bagi kuota Bumiputera bukan Islam. Beliau yang mendapat 339 undi menewaskan pencabarnya, Joniston Bangkuai yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dengan perbezaan hanya lima undi. Ini bermakna Dr Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang bakal menjadi calon pengganti Dr Maximus Ongkili sebagai Presiden PBS selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu mengundur diri…
Read MoreHarga siling ayam kekal 2 bulan
KUALA LUMPUR 1 Julai – Harga siling runcit baharu ayam standard RM9.40 sekilogram serta harga telur ayam bagi Semenanjung yang berkuat kuasa mulai hari ini akan dikekalkan untuk tempoh dua bulan. Harga siling runcit telur ayam bagi gred A ditetapkan pada 45 sen sebiji, manakala gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) seperti diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Rabu lalu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan berkata, penetapan harga itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup…
Read MoreKes harian Covid-19 meningkat
PUTRAJAYA 1 Julai – Dua lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam (Khamis) berbanding lima pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat ini 35,765 orang. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead'(BID). Sementara itu, kes baharu menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 2,867 termasuk empat kes import berbanding 2,605 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,566,055 orang. Manakala kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini adalah sebanyak 29,434 di mana 28,116 sedang menjalani kuarantin di rumah 43 sedang dirawat di ICU, dan 25…
Read MoreBerita pilihan….
Penyebaran berterusan cacar monyet
LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran “penyebaran berterusan” cacar monyet di seluruh dunia boleh menyaksikan virus itu mula berpindah ke kumpulan berisiko tinggi, seperti wanita hamil, individu yang lemah imunisasi dan kanak-kanak. Agensi Kesihatan PBB itu sedang menyiasat laporan kanak-kanak yang dijangkiti, termasuk dua kes di Britain, serta di Sepanyol dan Perancis. Virus itu telah dikesan di lebih 50 negara di luar benua Afrika di mana ia adalah endemik dengan peningkatan kes di negara-negara tersebut. WHO menyeru agar ujian saringan dipertingkatkan bagi mengesan virus cacar monyet. Pengarah WHO, Dr…
Read MoreSentuhan’bendasing’ punca jangkitan?
SEOUL: Korea Utara mendakwa penularan wabak Covid-19 pertama di negara itu bermula dengan pesakit menyentuh ‘bendasing’ di sempadan dengan Korea Selatan serta menuduh jirannya itu cuba meletakkan kesalahan gelombang jangkitan itu ke atasnya. Dalam hasil siasatan yang diumumkan, Korea Utara mengarahkan rakyatnya supaya ‘berhati-hati menangani bendasing yang dibawa oleh angin dan fenomena iklim serta belon di sepanjang garis persempadanan dan sempadan’. Media kerajaan, KCNA melaporkan, seorang askar berusia 18 tahun dan seorang budak tadika berusia lima tahun mempunyai gejala dan diuji positif untuk Covid-19 selepas melaporkan mengenai bahan yang tidak…
Read More