9,087 kes baharu Singapura

SINGAPURA 1 Julai  – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,087 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 8,592‬ jangkitan tempatan dan 495 ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 1,453,155 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,415 orang termasuk dua kes yang dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 8,292 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada 7,855 kes tempatan dan 437 kes import manakala 795‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 737 adalah jangkitan tempatan, dan 58 kes import.

Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.60, turun sedikit berbanding 1.62 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin meningkat.

Setakat ini sebanyak 516 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 483 semalam di mana 54 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 11 dipantau

rapi di ICU manakala 11,118 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi pula, setakat 30 Jun, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment