Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 1 Julai  – Dua lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam (Khamis) berbanding lima pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat ini 35,765 orang.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead'(BID).

Sementara itu, kes baharu menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 2,867 termasuk empat kes import berbanding 2,605 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,566,055 orang.

Manakala kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini adalah sebanyak 29,434 di mana 28,116 sedang menjalani kuarantin di rumah 43 sedang dirawat di ICU, dan 25 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 2,145 menjadikan jumlah keseluruhan 4,500,856 atau 98.57 peratus orang sembuh.

Related posts

Leave a Comment