PM mahu runding semula dengan Loke

MELAKA 12 Nov. – Selepas dua hari Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan kerana berpegang pada prinsip, Anwar Ibrahim mahu ‘berunding’ semula dengan Setiausaha Agung DAP itu berhubung jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Perdana Menteri berkata, setakat ini beliau belum menerima peletakan jawatan Loke walaupun Ahli Parlimen Seremban itu sudah mengumumkan perkara itu, Selasa lalu.

“Saya belum terima peletakan jawatan Anthony Loke. Hendak cuti kejap ok, tapi hendak letak jawatan kena runding semula,” katanya pada ceramah Grand Finale Pakatan Harapan (PH), di sini.

Sebelum ini, Loke meletakkan jawatan serta merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah, pada 10 November lalu.

Pengerusi PH itu berkata, tiada sebab bagi menteri yang bersih dan amanah untuk meletakkan jawatan.

Beliau berkata, Loke sudah mengemukakan pelbagai cadangan, projek dan program bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam serta memudahkan perjalanan harian rakyat, termasuk pemandu teksi.

Apabila saya memujinya, ada pihak daripada Pas dan UMNO mempersoalkan mengapa Anwar memuji DAP atau orang Cina.

Katanya, Loke banyak menyumbangkan idea, projek dan program untuk memudahkan perjalanan rakyat, termasuk pemandu teksi.

“Namun, orang seperti beliau diminta meletakkan jawatan, sedangkan mereka yang bermasalah pula diminta kekal. Dunia sudah terbalik,” katanya yang menyifatkan Loke sahabat rapatnya serta antara anggota Jemaah Menteri yang secara konsisten menunjukkan etika kerja yang tinggi.

Beliau berkata, kepemimpinan Loke turut mendapat penghormatan penjawat awam, termasuk pegawai Melayu yang berkhidmat di Kementerian Pengangkutan.

“Beliau antara menteri yang bekerja sangat keras dan mempunyai banyak idea untuk membantu rakyat biasa, khususnya dalam sektor pengangkutan,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment