DI Negeri Sembilan ada beberapa lokasi yang terkenal dengan cendol. Salah satunya di Pekan Nilai. Warga Nilai mesti tahu Cendol BMI 1985 ini. Dulu gerai cendol ini terletak di hadapan sekolah di pekan lama Nilai, berhampiran stesen bas Nilai. Sebelum Disember 2019 , gerai ini berpindah ke kawasan sebelah masjid Pekan Nilai. Mudah untuk mencarinya kerana bersebelahan dengan masjid, tidak jauh dari lokasi sebelum ini. Di situ juga letaknya kedai Cendol BMI yang menjual cendol mentah bagi keperluan peniaga-peniaga runcit terutama yang berniaga di pasar malam atau untuk jamuan. Selain cendol, disediakan juga bahan mentah lain termasuk santan bagi memudahkan pengguna membuat sendiri cendol. Cendol BMI 1985 memang sedap. Cendolnya segar dan lembut. Harganya cuma RM2 semangkuk dengan campuran kacang dan jagung. Ada juga cendol pulut. Di lokasi baharu ini juga lebih banyak tempat duduk berbanding sebelum ini . Mi goreng mamak juga ada di sini. Bagi yang belum mencuba bolehlah mencubanya.
Cendol BMI 1985
