2,354 kes baharu Covid-19 di Thailand

BANGKOK 1 Julai – Thailand merekodkan 16 lagi kematian akibat Covid-19 dengan jumlah kes baharu 2,354 dalam tempoh 24 jam berbanding 14 kematian dan 2,695 kes yang direkodkan semalam.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah tersebut tidak termasuk 4,814 kes keputusan positif hasil ujian antigen.

Daripada jumlah kes baharu itu juga, sebanyak 2,350 kes dalam kalangan penduduk tempatan manakala empat adalah kes import.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 4,525,269 dengan jumlah kumulatif meninggal dunia 30,664 orang.

Setakat semalam, sebanyak 24,115 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,415 di hospital, 1,241 di kemudahan hospital dan 12,431 di pusat pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 690 kes dalam keadaan serius dan 286 bergantung kepada bantuan ventilator manakala 2,154 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih 4,470,490 orang.

Related posts

Leave a Comment