Kematian pertama bawah 12 tahun

SINGAPURA 27 Jun – Singapura hari ini melaporkan kematian pertama pesakit Covid-19 yang berumur bawah 12 tahun. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataannya berkata, bayi lelaki berusia satu setengah tahun itu meninggal dunia pada Isnin (27 Jun). “Punca kematiannya ialah Encephalitis akibat Covid-19, jangkitan Pernafasan Virus Syncytial dan Enterovirus,” kata MoH. Menurut MoH, pesakit itu tidak mempunyai sejarah perubatan lain dan sebelum ini sihat. Kanak-kanak itu dirawat di Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) pada 21 Jun kerana demam panas dan sawan berulang. “Kanak-kanak itu dimasukkan ke Unit Jagaan…

Read More

5,309 kes baharu Singapura

SINGAPURA 27 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,309 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 4,845‬ jangkitan tempatan dan 464 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,413,667 dengan satu kes kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,409 orang meninggal dunia. Sebanyak 4,926 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes baharu Protokol 2 ini terdiri daripada 4,489 kes tempatan dan 437 kes import manakala 383‬…

Read More

Jokowi sertai Sidang Kemuncak G7

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo tiba di lokasi Sidang Kemuncak G7 di Schloss Elmau, Pergunungan Alpen Bavaria, Jerman, selepas penerbangan setengah jam. “Kami segera disambut oleh Canselor Jerman Olaf Scholz,” katanya dalam catatan Facebooknya pada Isnin, 27 Jun. Katanya, beliau menuju ke lokasi sidang itu dengan helikopter tentera Sikorsky CH53 yang turut disertai Perdana Menteri India Narendra Modi. Sidang Kemuncak G7 ialah mesyuarat tahunan negara-negara G7 yang terdiri daripada Amerika Syarikat, England, Itali, Jepun, Jerman, Kanada dan Perancis. Indonesia hadir sebagai negara rakan kongsi G7 serta Presiden G20, dengan pemimpin negara…

Read More

Ibarat beri peluru kepada lawan

KUALA LUMPUR 27 Jun – Tindak tanduk Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan beberapa isu berkaitan kepemimpinan UMNO hanya mengundang pepecahan dalam parti yang disifatkan sudah berada di landasan tepat dalam mewujudkan kesepakatan antara kepemimpinan parti bagi menuju pilihan raya. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, berkata tindakan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu juga hanya akan menjadi peluru buat pihak lawan bagi menyerang UMNO. Katanya, melalui kepemimpinan Dr Ahmad Zahid sebagai presiden dan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri, UMNO sepatutnya berada di ambang kemenangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15…

Read More

Tajuddin boleh sertai Pas – Takiyuddin

KAMPAR 27 Jun – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tajuddin Abdul Rahman boleh menyertai parti Pas bagi meneruskan kelangsungan karier politiknya, kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan. Menurut Takiyuddin, sesiapa sahaja boleh menyertai Pas dan parti itu akan menerimanya. “Siapa nak sertai Pas pun boleh kita terima dan untuk makluman pada kelmarin, kita telah mengadakan kempen keahlian baharu Pas di Kedah (dan) pada hari Sabtu baru-baru ini kita menerima ahli baharu, dalam tempoh seminggu lebih sikit 12,000 orang. “(Kesemua) 12,000 orang ahli baharu itu telah kita terima. Jadi…

Read More

PM Singapura di Rwanda

KETIKA di Rwanda bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Commonwealth (CHOGM) du Kigali, Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut bertemu warganegara Singapura di sana. Mereka berada di Rwanda sama ada bekerja atau urusan perniagaan. Beliau juga ke Pasar Kimironko dan Perkampungan Umusambi. Lee sempat merakamkan beberapa foto di pasar berkenaan. (Foto FB LHL)

Read More

Zahid tidak layak pimpin UMNO

KUALA LUMPUR 27 Jun – Selepas digugurkan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tajuddin Abdul Rahman tampil mendakwa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi tidak layak memimpin parti dan perlu berundur secara terhormat. Beliau yang digugurkan jawatan itu Selasa lalu menerusi satu surat mendakwa segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini bukan kehendak ahli MKT, sebaliknya adalah kehendak Ahmad Zahid sendiri. Dalam sidang medianya petang ini, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak turut mendakwa Ahmad Zahid juga tidak berpuas hati dengan kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kerana…

Read More

SD sokong Anwar Ibrahim PM

KUALA LUMPUR 27 Jun – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa wujud akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen parti itu bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, beliau turut digesa menandatangani SD terbabit sehingga timbul isu jajaran baharu ketika itu. “Isu jajaran baharu, ‘no Anwar, no DAP …come on’, saya saksi hidup, ada SD ditandatangani untuk sokong Anwar jadi PM,” katanya. Tajuddin berkata, pendedahan itu dibuat hari ini kerana perkara itu tidak didedahkan Presiden UMNO itu kepada ahli-ahli…

Read More

Memorandum minta Zahid undur

KUALA LUMPUR 27 Jun –  Ahli Parlimen Pasir Salak,  Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan wujud memorandum untuk meminta Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan Presiden parti. Beliau berkata, memorandum itu susulan pertemuan diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Hasan pada Mei 2020. “Masa itu, kita buat satu memorandum minta Ahmad Zahid turun dengan baik demi kepentingan UMNO. Kita bersetuju buat satu memorandum minta dia turun dengan cara baik, bukan nak tendang dia. “Ketuanya siapa? Tok Mat (Mohamad), bosku (Datuk Seri Najib Razak), kita kumpul lebih 130 ketua bahagian bersetuju. Di Perak, 18 ketua…

Read More

Brunei catat 1,185 kes baharu

BERAKAS 27 Jun – Brunei Darussalam merekodkan 1,185 kes baharu Covid-19 di mana 1,173 kes yang dilaporkan adalah hasil Ujian ART manakala 12 kes hasil daripada 267 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar dalam sidang media mingguan petang ini berkata, sebanyak 99 peratus kes yang dikesan minggu ini adalah dalam kategori 1 atau kategori 2 yang tidak memerlukan rawatan di hospital. Beliau mengakui sejak kebelakangan ini, jumlah kes menunjukkan peningkatan dengan purata 920 kes sehari dengan kes dalam kategori 4…

Read More