5,309 kes baharu Singapura

SINGAPURA 27 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,309 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 4,845‬ jangkitan tempatan dan 464 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,413,667 dengan satu kes kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,409 orang meninggal dunia.

Sebanyak 4,926 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes baharu Protokol 2 ini terdiri daripada 4,489 kes tempatan dan 437 kes import manakala 383‬ lagi kes disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 356 adalah jangkitan tempatan, manakala 27 adalah kes import.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.56, naik sedikit berbanding 1.52 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 semakin meningkat.

Sementara itu, seramai 420 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 377 semalam di mana 26 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan sembilan dipantau rapi di ICU.

Seramai 6,336 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi,setakat hari ini, 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Sebanyak 93 peratus menerima satu dos, 92 peratus lengkap dua dos dan 78 peratus sudah mendapatkan dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment