Jokowi sertai Sidang Kemuncak G7

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo tiba di lokasi Sidang Kemuncak G7 di Schloss Elmau, Pergunungan Alpen Bavaria, Jerman, selepas penerbangan setengah jam.

“Kami segera disambut oleh Canselor Jerman Olaf Scholz,” katanya dalam catatan Facebooknya pada Isnin, 27 Jun.

Katanya, beliau menuju ke lokasi sidang itu dengan helikopter tentera Sikorsky CH53 yang turut disertai Perdana Menteri India Narendra Modi.

Sidang Kemuncak G7 ialah mesyuarat tahunan negara-negara G7 yang terdiri daripada Amerika Syarikat, England, Itali, Jepun, Jerman, Kanada dan Perancis. Indonesia hadir sebagai negara rakan kongsi G7 serta Presiden G20, dengan pemimpin negara rakan G7 yang lain seperti Presiden Argentina Alberto Fernández, Presiden Senegal Macky Sall, dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.

Related posts

Leave a Comment