Memorandum minta Zahid undur

KUALA LUMPUR 27 Jun –  Ahli Parlimen Pasir Salak,  Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan wujud memorandum untuk meminta Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan Presiden parti.

Beliau berkata, memorandum itu susulan pertemuan diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Hasan pada Mei 2020.

“Masa itu, kita buat satu memorandum minta Ahmad Zahid turun dengan baik demi kepentingan UMNO. Kita bersetuju buat satu memorandum minta dia turun dengan cara baik, bukan nak tendang dia.

“Ketuanya siapa? Tok Mat (Mohamad), bosku (Datuk Seri Najib Razak), kita kumpul lebih 130 ketua bahagian bersetuju. Di Perak, 18 ketua bahagian setuju,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pada sidang media itu, Tajuddin turut menunjukkan gambar pertemuan berkenaan yang dikatakan diadakan di rumahnya.

Selain Mohamad dan Najib, yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Naib Presiden, Mohamed Khaled Nordin.

Bagaimanapun, menurut Tajuddin, usaha berkenaan gagal selepas Mohamad “membelot” daripada ketetapan berkenaan.

Katanya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu “digertak” oleh pegawai kanan Ahmad Zahid. Selepas itu Tok Mat hanya jawab dia tidak terbabit.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Salak itu, pertemuan berkenaan berlangsung di rumahnya pada Mei 2020.

“Ketuanya siapa? Tok Mat (Mohamad) dan Bossku (Najib).

“Mereka suruh turun buat tinjauan, berapa ramai ketua bahagian yang setuju. Kalau saya tak silap ada 130 bahagian (di seluruh negara) yang setuju.

“Tok Mat setuju, Bossku setuju. Kenapa tak jadi? Sebab Tok Mat sebagai ketua dengan Bossku belot,” katanya sambil menambah gerakan itu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Tajuddin berkata, beliau kemudiannya menghubung Tok Mat bertanyakan perkara itu.

“Tok Mat sekadar cakap dia mahu menenangkan keadaan. Jadi bagi saya, Tok Mat pun tak boleh pakai.

“Sama juga dengan Najib, dia pun hanya mendiamkan diri. Apa yang saya dengar lain pula, perjumpaan antara Najib dengan kumpulannya, mahukan Najib jadi Pengerusi BN,” katanya.

Related posts

Leave a Comment