3,431 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 9 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,431 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,237 jangkitan tempatan dan 194 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,332,656 orang dengan jumlah kematian pula 1,396 orang termasuk dua kes meninggal dunia yang direkodkan hari ini. Sebanyak 3,121 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini  terdiri daripada 2,947 kes tempatan dan…

Read More

Kes jangkitan meningkat di Thailand

BANGKOK 9 Jun – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila 3,185 kes baharu direkodkan dengan 23 orang meninggal dunia berbanding semalam sebanyak 2,688 kes dan 21 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 3,183 kes dalam kalangan penduduk awam dan dua melibatkan banduan penjara menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,477,052. Tiada kes import dilaporkan, iaitu hari ketiga berturut-turut. Jumlah kes harian itu tidak termasuk 3,934 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 7,119 kes. Setakat semalam (Rabu), sebanyak 25,262 orang…

Read More

Aksi Jokowi turun padang

PRESIDEN Indonesia ketika lawatan turun padang turut hadir bersama para pelajar dan masyarakat melepaskan anak penyu ke laut bebas. Program ini berlangsung di Patuno Resort, Wakatobi, Sulawesi Tenggara. Menurut Jokowi, di Wakatobi tetdapat 1.3 juta hektar yang menjadi taman negara yang di dalam lautnya  banyak terumbu karang yang sangat indah. “Mari melestarikan terumbu karang untuk masa depan bumi,” tulisnya melalui Facebooknya. Terdahulu, Jokowi berkunjung ke Kampung Mola di Pulau Wangiwangi atau Wanci Daerah Wakatobi yang merupakan kediaman Puak Bajo Sulawesi Tenggara. “Saya ada di sana petang tadi datang serah sijil…

Read More

Jangan cemas kes meningkat

BERAKAS 9 Jun  – Penduduk Brunei Darussalam diingatkan supaya tidak cemas dengan peningkatan kes baharu Covid-19 sejak kebelakangan ini, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar. Beliau berkata, peningkatan kes itu memang sudah dihangka berikutan pelbagai kelonggaran yang diberi tetapi kebanyakan kes adalah dalam kategori satu dan dua. Katanya,  keadaan akan lebih stabil tidak lama lagi dan meminta penduduk terus mengambil langkah membendung jangkitan dengan memakai pelitup muka, mengelakkan bersama orang lain jika tidak sihat dan mengambil dos penggalak. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara…

Read More

UM kekal 100 terbaik antarabangsa

KUALA LUMPUR 9 Jun – Universiti Malaya (UM) mendahului institusi pendidikan di Malaysia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023 dan mengekalkan tempatnya dalam kalangan 100 universiti terbaik antarabangsa untuk tahun kelima berturut-turut. Berdasarkan laman QS Top University, kedudukan UM bagaimanapun jatuh lima anak tangga apabila kini berada di tempat ke-70 dalam QS World University Rankings 2023 yang dikeluarkan hari ini. Antara indikator penilaian yang digunakan untuk menentukan markah ialah reputasi akademik, reputasi majikan, petikan setiap fakulti, nisbah pelajar fakulti, rangkaian penyelidikan antarabangsa dan hasil pekerjaan. Sebanyak 24 institusi…

Read More

X70 : Sasaran jual 2,000 unit sebulan

KUALA LUMPUR 9 Jun – Proton Holdings Bhd menyasarkan untuk menjual kira-kira 2,000 unit Proton X70 2022 sebulan berikutan permintaan yang memberangsangkan untuk varian tersebut, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah. Beliau berkata bagi kapasiti pengeluaran berikutan isu bekalan cip, pembuat kereta nasional itu bercadang untuk menghasilkan sekitar 3,000 unit sebulan. “Sekiranya terdapat permintaan yang lebih tinggi, kami akan dapat memenuhi tempahan. Untuk model ini, kami menjangkakan tempoh menunggu kira-kira dua bulan,” katanya pada taklimat media maya sempena pelancaran model baharu itu. Model X70 2022 berharga dari RM93,900 hingga…

Read More

Kes harian naik, 6 kematian

PUTRAJAYA 9 Jun – Enam lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19, tiga daripadanya kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) dilaporkan setakat tengah malam tadi. Menurut data di portal COVIDNOW, Perak dan Selangor masing-masing merekodkan dua kematian manakala Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing satu kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,705 orang. Data itu juga menunjukkan, terdapat pertambahan 1,518 kes baharu berbanding 1,128 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,518,965 kes. Jumlah kes aktif pula adalah 21,589 kes dan daripada  jumlah itu, sebanyak 20,599 individu sedang menjalani kuarantin di rumah. Sementara…

Read More

Robert Kuok kekal terkaya di Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 turun 10 peratus berbanding setahun lepas kepada AS$80.5 bilion manakala pengasas kumpulan Kuok, Robert Kuok masih menduduki tempat pertama. Menurut Forbes Asia, secara keseluruhan, 30 orang terkaya dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka merosot. Forbes Asia berkata, senarai itu dikumpul menggunakan maklumat pegangan saham dan kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, laporan tahunan dan penganalisis. Kedudukan itu menyenaraikan kekayaan individu dan keluarga termasuk yang dikongsi bersama saudara-mara. Syarikat swasta dinilai berdasarkan…

Read More

Tandas baharu di Muzdalifah

MUZDALIFAH turut bersiap sedia untuk menyambut jemaah haji walaupun lokasi ini hanya persinggahan seketika. Menurut Haramain Sharifain, tandas baharu disediakan sebagai persiapan menyambut kedatangan jemaah dari seluruh dunia. Biasanya selepas menghabiskan sekitar 12 jam berwukuf di padang Arafah  jemaah haji akan mengunjungi Muzdalifah sebagai persiapan untuk peringkat akhir haji. Beberapa minit selepas matahari terbenam pada hari kesembilan Zulhijjah, jemaah haji akan mula bergerak ke dataran Muzdalifah. Di Muzdalifah, jemaah biasanya mengumpul batu kerikil untuk menyempurnakan ibadah melontar jamrah di Mina.

Read More

Menteri disaran hadir Bon Odori

SHAH ALAM 9 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad hadir program Bon Odori supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya. Baginda juga tidak mahu menteri berkenaan menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat kenyataan mengelirukan dan tidak tepat. Perbuatan itu titah baginda dalam satu kenyataan hari ini juga boleh menjejaskan imej dan reputasi jabatan tersebut, Baginda tidak mahu pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik menggunakan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama sebegini untuk kepentingan peribadi dan…

Read More