Kes jangkitan meningkat di Thailand

BANGKOK 9 Jun – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila 3,185 kes baharu direkodkan dengan 23 orang meninggal dunia berbanding semalam sebanyak 2,688 kes dan 21 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 3,183 kes dalam kalangan penduduk awam dan dua melibatkan banduan penjara menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,477,052.

Tiada kes import dilaporkan, iaitu hari ketiga berturut-turut.

Jumlah kes harian itu tidak termasuk 3,934 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 7,119 kes.

Setakat semalam (Rabu), sebanyak 25,262 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 12,840 di hospital di mana 678 dilaporkan kritikal.

Dalam tempoh 24 jam juga sebanyak 3,326 pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,421,528

Related posts

Leave a Comment