Kes harian naik, 6 kematian

PUTRAJAYA 9 Jun – Enam lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19, tiga daripadanya kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Menurut data di portal COVIDNOW, Perak dan Selangor masing-masing merekodkan dua kematian manakala Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing satu kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,705 orang.

Data itu juga menunjukkan, terdapat pertambahan 1,518 kes baharu berbanding 1,128 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,518,965 kes.

Jumlah kes aktif pula adalah 21,589 kes dan daripada  jumlah itu, sebanyak 20,599 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 564 kes berbanding 598 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 1,371,724) diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 390 (170) dan Pulau Pinang 89 (78).

Ini diikuti Sabah 65 (63), Negeri Sembilan 65 (26), Sarawak 60 (22), Perak 59 (47), Johor 57 (44), Kedah 52 (34), Melaka 38 (12),  Kelantan 26 (10), Terengganu 17 (7), Wilayah Persekutuan Putrajaya 16 (6) dan Pahang 12 (9).

Negeri-negeri lain yang merekodkan di bawah 10 kes adalah Perlis 6 (3) dan Wilayah Persekutuan Labuan 2 (0).

Related posts

Leave a Comment