Tandas baharu di Muzdalifah

MUZDALIFAH turut bersiap sedia untuk menyambut jemaah haji walaupun lokasi ini hanya persinggahan seketika.

Menurut Haramain Sharifain, tandas baharu disediakan sebagai persiapan menyambut kedatangan jemaah dari seluruh dunia.

Biasanya selepas menghabiskan sekitar 12 jam berwukuf di padang Arafah  jemaah haji akan mengunjungi Muzdalifah sebagai persiapan untuk peringkat akhir haji.

Beberapa minit selepas matahari terbenam pada hari kesembilan Zulhijjah, jemaah haji akan mula bergerak ke dataran Muzdalifah.

Di Muzdalifah, jemaah biasanya mengumpul batu kerikil untuk menyempurnakan ibadah melontar jamrah di Mina.

Related posts

Leave a Comment