3,431 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 9 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,431 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,237 jangkitan tempatan dan 194 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,332,656 orang dengan jumlah kematian pula 1,396 orang termasuk dua kes meninggal dunia yang direkodkan hari ini.

Sebanyak 3,121 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ini  terdiri daripada 2,947 kes tempatan dan 174 kes import manakala 310‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR.p yang melibatkan 290 jangkitan tempatan, manakala 20 adalah kes import.

Sementara itu sebanyak 226 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 227 semalam (8 Jun) di mana 26 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan empat dipantau rapi di ICU manakala 2,284 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah  divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment