Singapura catat 4,477 kes baharu

SINGAPURA 7 Jun –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,477 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 4,301 jangkitan tempatan dan 176 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,325,623 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,394 orang termasuk satu kes hari ini. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,140 adalah kes Protokol 2 iaitu kes pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 3,976 kes tempatan dan…

Read More

Brunei Darussalam catat peningkatan kes

BERAKAS 7 Jun  – Brunei Darussalam merekodkan peningkatan satu kes harian  Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 380 kes berbanding 379 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 151,161. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 377 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala tiga kes lagi hasil daripada 361 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes bagi kategori 5 dan dua kes direkodkan bagi Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di…

Read More

Lebih 500,000 kunjungi PBAKL

KUALA LUMPUR 7 Jun – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sudah mencatatkan kehadiran lebih 500,000 pengunjung, dalam tempoh empat hari, melebihi 50 peratus daripada sasaran asal penganjur. Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron, berkata sejumlah 556,185 pengunjung direkodkan mengunjungi PBAKL sejak hari pertama Jumaat lalu hingga semalam. Mohd Khair turut gembira selepas dimaklumkan jumlah jualan direkodkan hampir semua pempamer amat memberangsangkan dan melebihi sasaran masing-masing. MBKM menyasarkan sekitar 700,000 hingga sejuta pengunjung dalam tempoh 12 hari PBAKL berlangsung. Menurut laporan BH, Mohd Khair mengakui,…

Read More

Thailand catat penurunan kes harian

BANGKOK 7 Jun – Thailand merekodkan penurunan kes harian Covid-19 dengan mencatatkan  2,224 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 2,162 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,471,179. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian juga turun apabila 20 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 27 yang dilaporkan semalam. Setakat semalam (Isnin), sebanyak 26,889 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 13,242 di hospital di mana 725 dalam keadaan kritikal dan 359 bergantung kepada bantuan ventilator. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 4,824 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,414,072 orang…

Read More

Indonesia kutuk pihak hina nabi

JAKARTA 7 Jun – Indonesia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya  kenyataan kontroversi dua ahli politik India baru-baru ini yang didakwa telah menghina Nabi Muhammad SAW. Dalam ciapan Kementerian Hal Ehwal Luar di akaun Twitter rasminya, Indonesia turut memanggil Duta India di Jakarta dan menyerahkan surat bantahan berhubung perkara itu. Indonesia bersama-sama Qatar, Kuwait, Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain mengutuk kenyataan ahli politik parti pemerintah India baru-baru ini yang didakwa menghina Islam. Parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) pada Ahad menggantung jurucakapnya, Nupur Sharma yang didakwa membuat kenyataan menghina…

Read More

Boris Johnson selamat, dapat 211 sokongan

PERDANA Menteri Britain Boris Johnson terselamat daripada undi tidak percaya selepas pengundian di Parlimen menunjukkan 211 daripada 359 anggota Parlimen  menyokong untuk beliau terus mengemudi kerajaan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady, sebanyak 148 Ahli Parlimen membantah. “Saya boleh laporkan bahawa 359 undian dikira. Tiada undi rosak. Sejumlah 211 undi menyokong dan memberi kepercayaan kepada Boris Johnson sebagai pemimpin sementara 148 undian menentang. Saya dengan ini mengumumkan parti yang menguasai Parlimen masih mempunyai keyakinan terhadap beliau,” katanya. Sebanyak 59 peratus undian diperoleh Johnson adalah kurang berbanding 63 yang diterima…

Read More

Warisan saman ADUN Kukusan

KOTA BELUD 7 Jun – Parti Warisan akan mengambil tindakan saman ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal kerana keluar daripada parti itu dan melanggar perjanjian. Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata Rina akan menerima nasib yang sama dengan lima ADUN yang sudah keluar dari Warisan sebelum ini. “Sebahagian mereka memang kita sudah bawa ke mahkamah kita heret mereka oleh kerana perjanjian yang telah kita nyatakan kepada mereka, pengakuan mereka. “Itu (bawa ke mahkamah) sememangnya akan menjadi satu tindakan yang kita lakukan,” katanya. Rina baru-baru ini mengumumkan keluar…

Read More

HFMD naik 32 kali ganda

PUTRAJAYA 7 Jun – Sebanyak 82,846 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan setakat Sabtu lalu, meningkat 32 kali ganda berbanding tempoh sama pada tahun 2021, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau memberitahu ketika pandemik Covid-19 pada tahun lalu, jumlah penyakit HFMD yang dilaporkan adalah 2,485 kes. Secara keseluruhan, katanya, peningkatan kes HFMD disumbangkan oleh Selangor iaitu sebanyak 28.13 peratus atau 23,305 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (9,540), Perak (8,032), Kelantan (5,782) dan Johor (5,234), manakala negeri lain melaporkan 4,600 kes. “Kes HFMD…

Read More

2.9 juta remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 7 Jun – Seramai 1,202,212 atau 33.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Ini berikutan 1,066 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua semalam manakala 114 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,733,437 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sepanjang semalam juga hanya 17 remaja mendapatkan dos pertama dan 157 mendapatkandos kedua. Ini menjadikan sebanyak 2,914,353 atau 93.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah…

Read More