2.9 juta remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 7 Jun – Seramai 1,202,212 atau 33.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Ini berikutan 1,066 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua semalam manakala 114 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,733,437 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sepanjang semalam juga hanya 17 remaja mendapatkan dos pertama dan 157 mendapatkandos kedua.

Ini menjadikan sebanyak 2,914,353 atau 93.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,009,343 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa yang sama, sebanyak 441 orang tampil mendapatkan dos penggalak menjadikan seramai 16,106,736 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini menerima suntikan dos itu setakat semalam.

Sebanyak 22,981,301 atau 97.7 peratus golongan dewasa melengkapkan dua dos suntikan vaksin dan 23,258,115 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 1,904 dos harian diberikan semalam meliputi 176 dos pertama, 1,287 dos kedua dan 441 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,991,146.

Related posts

Leave a Comment