Thailand catat penurunan kes harian

BANGKOK 7 Jun – Thailand merekodkan penurunan kes harian Covid-19 dengan mencatatkan  2,224 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 2,162 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,471,179.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian juga turun apabila 20 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 27 yang dilaporkan semalam.

Setakat semalam (Isnin), sebanyak 26,889 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 13,242 di hospital di mana 725 dalam keadaan kritikal dan 359 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 4,824 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,414,072 orang pesakit Covid-19 sembuh .

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), pula melaporkan, 20 yang meninggal dunia terdiri daripada mereka yang berumur antara 42 hingga 103 tahun.

Related posts

Leave a Comment