Majlis Presiden PH tolak GST

KUALA LUMPUR 1 Jun – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang disifatkan sebagai membebankan rakyat. Dalam keadaan inflasi yang semakin tinggi, mereka menegaskan, rakyat amat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup manakala pendapatan isi rumah turut berkurangan akibat pandemik Covid-19. “Majlis Presiden PH tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk melaksanakan semula sistem GST. “Pengenalan semula GST bakal mengakibatkan harga barang meningkat dengan mendadak. Jika ditambah dengan masalah rantaian bekalan dan gaji tidak…

Read More

3,577 kes baharu Singapura

SINGAPURA 1 Jun – Sebanyak 3,577 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan kes terkumpul sejak pandemik melanda meningkat kepada 1,306,871. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes harian itu terdiri daripada 3,413‬ jangkitan tempatan dan 164 kes import manakala jumlah kematian pula kekal 1,389 selepas tiada kematian baharu direkodkan. Sebanyak 3,211 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 3,065 kes tempatan dan 146 kes import…

Read More

BN bawa acuan ‘Malaysia Asal’

KUALA LUMPUR 1 Jun – Kembali ke acuan ‘Malaysia Asal’ atau ‘The Original Malaysia’ berpandukan formula Barisan Nasional (BN), bukan retorik ‘Malaysia Baharu’ gagasan Pakatan Harapan (PH). Itu iltizam BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN pada masa sama akan melakukan penambahbaikan bagi memperbaiki segala kelemahan dan menjernihkan segala keterlanjuran lalu. Ini termasuk agenda pembaharuan institusi supaya prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan dan pembasmian segala bentuk penyimpangan dan rasuah. Menurut Ahmad Zahid, selepas lebih empat tahun PRU-14 berlalu, gabungan itu…

Read More

PRU sebaik saja BN siap siaga

KUALA LUMPUR 1 Jun – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan sebaik sahaja Barisan Nasional (BN) sudah bersiap siaga di samping berbincang dengan pimpinan BN terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pilihan raya. “Kalau sudah bersiap siaga, saya tidak akan melewatkan sesaat pun PRU-15. Seperti yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO, perkara berkaitan pilihan raya akan dibincangkan bersama lima pimpinan tertinggi UMNO. Jadi kali ini saya bersetuju berbincang dengan pimpinan BN untuk menentukan tarikh pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN di sini, hari ini. Perdana…

Read More

Kenapa perlu menang dan bagaimana?

KUALA LUMPUR 1 Jun – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan menggariskan tiga sebab kenapa BN mesti mengambil alih semula kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO turut menggariskan bagaimana BN harus melakukannya bagi mencapai matlamat itu. Mohamad dalam ucapan perasmian Konvensyen BN sempena ulang tahun BN ke-48 berkata BN perlu menang bagi memulihkan kembali negara, mengembalikan kestabilan politik, dan mencipta masa depan untuk generasi akan datang. “Pada saat kita berhimpun ini, rakyat di luar sana sedang sangat terbeban. Harga barang melambung naik…

Read More

Cipta semula gelombang jenama BN

KUALA LUMPUR 1 Jun – Anggota Barisan Nasional (BN) harus membaiki, mengukuh dan mencipta semula gelombang gelora jenama BN serta mengapa pentingnya untuk BN kembali memerintah dan bagaimana ia boleh dilakukan. Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata,  perkara itu perlu diberi tumpuan dan diberi nafas baharu oleh seluruh anggota parti  bagi mengecapi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Mohamad berkata PRU15 bakal menentukan masa depan BN dan untuk itu, parti harus diperkenalkan semula kepada masyarakat dengan tawaran-tawaran serta penampilan baharu. “Dahulu kita dalam BN berbelas-belas komponen. Bila kita kalah, kita cuma tinggal berempat.…

Read More

296 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 1 Jun  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 296 kes baharu, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 279 yang direkodkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 148,970. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 295 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala satu kes lagi hasil daripada 162 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada kes…

Read More

Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 1 Jun – Thailand merekodkan 28 lagi kematian akibat Covid-19 dengan jumlah kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebanyak 4,563. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 7,015 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes harian dan kematian itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 21 kematian dan 3,955 kes. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 4,455,020 dan 30,047 kematian. Setakat Selasa, sebanyak 39,271 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 16,191 di hospital dan  19,903 di rumah…

Read More

Muslim, Orang Asli anggota Kabinet Australia

CANBERRA 1 Jun – Dua Ahli Parlimen beragama Islam dilantik menganggotai barisan Kabinet, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese hari ini. Ed Husic yang dilantik sebagai Menteri Industri dan Sains, dan Anne Aly selaku Menteri Belia dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengangkat sumpah hari ini. Husic, 52 dibesarkan di barat Sydney dan mendapat pendidikan di Sekolah Awam Blacktown South, Sekolah Tinggi Mitchell dan Universiti Western Sydney. Dilantik sebagai Ahli Parlimen Chifley dari Parti Buruh pada 2010, beliau aktif dalam kesatuan pekerja serta berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, infrastruktur dan kesihatan. Aly, 55,…

Read More

10.3 % kanak-kanak Terengganu lengkap vaksin

SETIU 1 Jun – Hanya 18,471 atau 10.3 peratus kanak-kanak berusia antara lima dan 12 tahun di Terengganu lengkap divaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang berakhir, semalam. Daripada jumlah itu, seramai 36,079 atau 20.2 peratus kanak-kanak hanya menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19. Pengarah Kesihatan negeri,  Dr Kasemani Embong, berkata seramai 125,090 kanak-kanak berusia antara lima dan 12 tahun disasarkan untuk diberi suntikan vaksin Covid-19, selepas PICKids dilancarkan di peringkat negeri sejak 8 Februari. Katanya, secara keseluruhan kadar pencapaian program PICKids kalangan kanak-kanak di negeri ini agak…

Read More