296 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 1 Jun  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 296 kes baharu, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 279 yang direkodkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 148,970.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 295 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala satu kes lagi hasil daripada 162 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Tiada kes dilaporkan bagi Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Beliau memberitahu , sebanyak 210 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 147,064 manakala jumlah kes aktif sebanyak 1,683 iaitu lima sedang dirawat di hospital, manakala 1,678 sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment