Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 1 Jun – Thailand merekodkan 28 lagi kematian akibat Covid-19 dengan jumlah kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebanyak 4,563.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 7,015 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kes harian dan kematian itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 21 kematian dan 3,955 kes.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 4,455,020 dan 30,047 kematian.

Setakat Selasa, sebanyak 39,271 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 16,191 di hospital dan  19,903 di rumah dan pusat pengasingan masyarakat.

Sebanyak 5,125 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,385,702 orang pulih.

Sementara itu Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 2,347 kes disusuli Khon Kaen 102, Maha Sarakham 97, Buri Ram 96, Samut Prakan 89,Samut Sakhon 82, Chon Buri 77, Sakon Nakhon 63, Nakhon Phanom 61 dan Chaiyaphum 55.

Related posts

Leave a Comment