Israel mahu tukar mayat dengan tebusan?

TEL AVIV – Jasad Yahya Sinwar yang dibunuh oleh rejim Zionis pada Rabu lalu kini disimpan di sebuah lokasi rahsia di selatan Gaza yang mungkin digunakan sebagai ‘alat tawar-menawar’ untuk pertukaran bagi membebaskan tebusan Israel.

Media melaporkan, keutamaan Israel kemungkinan adalah memastikan pembebasan tebusan dalam menentukan cara memanfaatkan jasad tokoh yang dituduh oleh Israel sebagai dalang serangan pengganas pada 7 Oktober tahun lalu.

Pihak berkuasa Israel sedang menimbang cara untuk ‘mewujudkan tekanan secara mendesak’ ke atas Hamas supaya melepaskan lebih 100 tebusan yang masih berada dalam tahanan di Gaza.

“Jika Hamas mahu menukar jasadnya dengan warga Israel, sama ada yang hidup atau mati, itu tidak mengapa,” menurut sumber diplomatik Israel.

Menurut sumber diplomatik, mengembalikan jasad Yahya ke Gaza dalam apa sahaja keadaan berisiko membangkitkan sokongan kepada Hamas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Isaac Herzog mengadakan mesyuarat keselamatan pada Jumaat mengenai ‘peluang besar’ susulan pembunuhan Yahya untuk pembebasan tahanan, menurut kenyataan pejabat Herzog.

Dalam kenyataan pada Khamis, Netanyahu menyeru anggota Hamas yang masih menawan tahanan Israel supaya meletakkan senjata dan membebaskan mereka dengan mendakwa, sesiapa yang berbuat demikian akan dibenarkan untuk ‘bebas meneruskan kehidupan’.

Nnn

Related posts

Leave a Comment