3,577 kes baharu Singapura

SINGAPURA 1 Jun – Sebanyak 3,577 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan kes terkumpul sejak pandemik melanda meningkat kepada 1,306,871.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes harian itu terdiri daripada 3,413‬ jangkitan tempatan dan 164 kes import manakala jumlah kematian pula kekal 1,389 selepas tiada kematian baharu direkodkan.

Sebanyak 3,211 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 3,065 kes tempatan dan 146 kes import manakala 366 ‬kes lagi disahkan menerusi ujian PCR melibatkan 348 jangkitan tempatan,dan 18 adalah kes import.

Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.87, naik sedikit berbanding 0.82 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Seramai 327 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 330 semalam di mana 32 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 11 dipantau rapi di ICU sementara 2,686 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam juga, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment