10.3 % kanak-kanak Terengganu lengkap vaksin

SETIU 1 Jun – Hanya 18,471 atau 10.3 peratus kanak-kanak berusia antara lima dan 12 tahun di Terengganu lengkap divaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang berakhir, semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 36,079 atau 20.2 peratus kanak-kanak hanya menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri,  Dr Kasemani Embong, berkata seramai 125,090 kanak-kanak berusia antara lima dan 12 tahun disasarkan untuk diberi suntikan vaksin Covid-19, selepas PICKids dilancarkan di peringkat negeri sejak 8 Februari.

Katanya, secara keseluruhan kadar pencapaian program PICKids kalangan kanak-kanak di negeri ini agak terkebelakang jika dibandingkan di negeri lain.

Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menawarkan suntikan vaksin dos pertama secara percuma berkuat kuasa hari ini, ibu bapa yang bercadang memberi suntikan vaksin kepada anak mereka boleh mendapatkan kemudahan itu di klinik swasta tetapi secara berbayar,” katanya kepada media, hari ini.

Dr Kasemani berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Hand Hygiene peringkat negeri di Hospital Setiu, hari ini.

Related posts

Leave a Comment