Kes harian catat penurunan

BERAKAS 27 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini menunjukkan penurunan dengan merekodkan 174 kes berbanding 222 kes semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 147,667. Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, sebanyak 173 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala satu kes lagi hasil daripada 271 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 4 dan Kategori 5. Beliau…

Read More

Naik taraf hubungan Makaysia-Jepun

TOKYO 27 Mei – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mencadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf kepada perkongsian strategik yang komprehensif (CSP). “Kita ingin cadangkan supaya ditingkatkan hubungan kita daripada ‘strategic partnership’ kepada ‘comprehensive strategic partnership’,” kata Ismail Sabri dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di sini. Pertemuan berlangsung di Kantei atau Pejabat Perdana Menteri Jepun, dan ini kali pertama kedua-dua pemimpin itu bertemu, bagi mengadakan perbincangan dua hala sejak kedua-duanya menerajui kerajaan masing-masing pada 2021. Perdana Menteri yang diiringi delegasi berprofil tinggi mengadakan perbincangan dua hala…

Read More

Jepun buka semula pelancongan

KUALA LUMPUR 27 Mei – Selepas dua tahun industri pelancongan Jepun terhenti, mulai 10 Jun ini, rakyat Malaysia boleh melancong ke Jepun dengan kemasukan secara bersyarat menerusi rombongan pelancongan Presiden Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) Kuala Lumpur, Satoshi Seino, berkata mulai 1 Jun pelawat dari negara dalam kategori biru termasuk Malaysia tidak perlu lagi menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerasa Chain Reaction (RT-PCR) dan kuarantin selepas tiba di negara itu. “Secara umumnya, had jumlah ketibaan antarabangsa ke Jepun juga akan ditambah daripada 10,000 kepada 20,000 mulai 1 Jun ini. “Bagi tujuan…

Read More

Sasar 6 juta ayam daging setahun

KUALA LUMPUR 27 Mei – FELCRA Berhad bercadang mengeluarkan sekurang-kurangnya enam juta ayam daging setahun seawal akhir tahun ini atau awal tahun depan, menerusi projek ayam pedaging sistem tertutup. Menteri Pembangunan Luar Bandar,  Mahdzir Khalid, berkata FELCRA akan menggunakan peruntukan berjumlah RM368 juta bagi memperkasa sektor pertanian dan penternakan, dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan makanan negara. Katanya, daripada RM368 juta yang diperuntukkan, sekitar RM60 juta dibelanjakan bagi pelaksanaan projek kilang pemprosesan makanan ternakan. Beliau berkata, antara tumpuan FELCRA Berhad adalah makanan ternakan yang sudah dilaksanakan di beberapa lokasi seperti di…

Read More

PM bertemu mantan PM di Jepun

PUTRAJAYA 27 Mei – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob  sempat bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Tokyo malam tadi pada Persidangan Nikkei ke-27. Perdana Menteri menjelaskan, Dr Mahathir berada di Tokyo kerana turut dijemput memberi ucaptama pada persidangan berkenaan, hari ini. “Sempat bertemu dan bertanya khabar dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei di Tokyo malam tadi. Beliau berada di Jepun untuk turut memberi ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 itu hari ini. Saya menyampaikan ucaptama pada persidangan itu dalam…

Read More

Segerakan RUU anti lompat parti

KUALA LUMPUR 27 Mei – Pemuda UMNO hari ini turut menggesa pelaksanaan undang-undang anti lompat disegerakan kerana tindakan melompat parti oleh ahli Parlimen menyebabkan ketidakstabilan dalam negara. Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa ketidakstabilan dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berpunca daripada lompat-melompat dalam kalangan ahli Parlimen yang dipilih rakyat, namun mengkhianati mandat rakyat. “Sejak PRU-14, sudah 40 Ahli Parlimen melompat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, malam tadi. Semalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa pelaksanaan undang-undang anti lompat disegerakan kerana tindakan melompat parti oleh ahli Parlimen…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.96

PUTRAJAYA 27 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.96 berbanding 0.98 kelmarin. Bagaimanapun Sabah merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.08 berbanding 1.07 kelmarin manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyamai kadar kebangsaan iaitu 0.96 berbanding 0.99 kelmarin. Ini diikuti Sarawak 0.95, Melaka 0.94, Pulau Pinang 0.92, Selangor 0.90, Kedah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing 0.89. Negeri Sembilan dan Perak masing-masing 0.88, Johor 0.87, dan Pahang 0.82. Sementara itu Kelantan merekodkan 15 kes, Terengganu 11 kes manakala Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing tiga kes. Nilai…

Read More

Kes harian turun kepada 1,845

PUTRAJAYA 27 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 kembali ke angka bawah 2,000 apabila 1,845 kes direkodkan semalam berbanding kenaikan yang ditunjukkan kelmarin sebanyak 2,430 kes. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,499,057 kes dengan kes aktif sebanyak 25,189. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak sembilan kes import dilaporkan manakala 24,089 sedang menjalani kuarantin di rumah. Sebanyak tiga kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 35,656 meninggal dunia. Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 851 menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu meningkat kepada 1,362,718 kes.…

Read More

1.69 juta kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 27 Mei – Sebanyak 9,339 dis diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sepanjang semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Daripada jumlah itu, sebanyak 5,543 dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 1,693,589 atau 47.7 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 3,796 dos lagi adalah dos kedua yang membawa kepada sejumlah 1,142,104 atau 32.2 peratus kanak-kanak sudah melengkapkan vaksinasi mereka. Bagi kumpulan remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,911,511 atau 93.6 peratus sudah lengkap divaksin,…

Read More