1.69 juta kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 27 Mei – Sebanyak 9,339 dis diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sepanjang semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Daripada jumlah itu, sebanyak 5,543 dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 1,693,589 atau 47.7 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 3,796 dos lagi adalah dos kedua yang membawa kepada sejumlah 1,142,104 atau 32.2 peratus kanak-kanak sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Bagi kumpulan remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,911,511 atau 93.6 peratus sudah lengkap divaksin, manakala 3,008,137 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,090,222 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,842 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,250,188 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam sebanyak 70,855,556 dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Related posts

Leave a Comment