Kadar kebolehjangkitan 0.96

PUTRAJAYA 27 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.96 berbanding 0.98 kelmarin.

Bagaimanapun Sabah merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.08 berbanding 1.07 kelmarin manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyamai kadar kebangsaan iaitu 0.96 berbanding 0.99 kelmarin.

Ini diikuti Sarawak 0.95, Melaka 0.94, Pulau Pinang 0.92, Selangor 0.90, Kedah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing 0.89.

Negeri Sembilan dan Perak masing-masing 0.88, Johor 0.87, dan Pahang 0.82.

Sementara itu Kelantan merekodkan 15 kes, Terengganu 11 kes manakala Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing tiga kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment