KOSMORAMA Awasi anak-anak kita bapak, lantak dia laa…
Read MoreMonth: May 2022
Thailand catat 4,488 kes baharu
BANGKOK 28 Mei – Thailand merekodkan 4,488 lagi kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding 4,837 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,438,999 kes setakat hari ini. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 38 lagi meninggal dunia berbanding 29 orang semalam yang membawa kepada jumlah kematian 29,948 orang. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,476 adalah kes dalam kalangan penduduk awam dan 12 penghuni penjara. Sehingga tengah malam Jumaat, sebanyak 46,734 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 18,874 di hospital dan 21,464 di rumah dan pusat pengasingan komuniti. Dalam kalangan pesakit…
Read MoreZuraida masih menteri Kabinet
TOKYO 28 Mei – Kedudukan Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi masih kekal selagi tiada keputusan dibuat dan masih boleh menghadiri mesyuarat Kabinet Rabu ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, setakat ini Zuraida tidak membuat tindakan rasmi untuk berhenti dari Kabinet dan beliau selaku Perdana Menteri juga tidak memecat Ahli Parlimen Ampang itu. “Keputusan terakhir kepada Perdana Menteri. Jadi oleh kerana masih terlalu awal untuk buat keputusan kerana belum ada perjumpaan, kita bincang dan sebagainya, saya tak komen (lanjut) lah Apa tindakan seterusnya, tunggu saya balik…
Read MoreBerita pilihan…
Lagi 8,273 kanak-kanak lengkap dos
PUTRAJAYA 28 Mei – Sebanyak 8,273 lagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini mendapatkan dos kedua atau lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,152,515 atau 32.5 peratus kanak-kanak kumpulan umur itu melengkapkan vaksinasi mereka. Menurut laman sesawang COVIDNOW, semalam juga sebanyak 7,942 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,701,913 atau 48 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,165 atau 93.6 peratus sudah lengkap menerima vaksinasi…
Read MoreSelangor catat kes harian tertinggi
PUTRAJAYA 27 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semalam merekodkan 1,877 turun sedikit berbanding 1,845 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,500,934 kes. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 909 berbanding 851 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,363,627. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 221 (274), Negeri Sembilan 125 (112), Perak 121 (109), Pulau Pinang 106 (117), Sabah 76 (75), Melaka 62 (49), Kedah 58 (36), Wilayah Persekutuan Putrajaya 58 (49), Sarawak 46…
Read MoreMedia Hari Ini 28.05.2022
Saringan Kesihatan Nasional Julai ini
PUTRAJAYA 27 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional Julai ini, bagi mengesan kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, sasaran 1.5 juta orang berumur 40 tahun ke atas yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini, diberi pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk ujian darah dalam najis (FOCB) untuk kanser kolorektum dan saringan kanser payudara di klinik awam dan swasta. “Kita kini perlu melihat banyak prosedur perubatan dan pembedahan yang tertunda sejak dua tahun lalu dan satu daripadanya adalah…
Read MoreBertemu Ketua Pengarah WHO
GENEVA 27 Mei – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan delegasi Malaysia mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr.Tedros Adhanom Ghebreyesus di Geneva pagi ini. Pelbagai isu kesihatan awam dibincangkan terutama tingkah laku untuk penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, NCD & CD, kawalan tembakau dan akses tidak saksama kepada pembedahan yang selamat dan berpatutan. Delegasi yang turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah itu kini berada di Geneva bagi menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) Sesi ke-75. Kami membincangkan banyak isu kesihatan awam tetapi fokus terutamanya pada…
Read MoreKes harian Thailand 4,837
BANGKOK 27 Mei – Thailand merekodkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 4,837 kes berbanding 5,013 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,434,511. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,829 kes dalam kalangan penduduk awam, empat melibatkan penghuni penjara dan empat lagi kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 29 lagi individu meninggal dunia berbanding 33 semalam menjadikan jumlah kumulatif 29,910 kematian. Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 21 hingga 94 tahun termasuk seorang warga Myanmar. Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 46,205 orang mendapatkan rawatan…
Read More