Kes harian turun kepada 1,845

PUTRAJAYA 27 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 kembali ke angka bawah 2,000 apabila 1,845 kes direkodkan semalam berbanding kenaikan yang ditunjukkan kelmarin sebanyak 2,430 kes.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,499,057 kes dengan kes aktif sebanyak 25,189.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak sembilan kes import dilaporkan manakala 24,089 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak tiga kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 35,656 meninggal dunia.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 851 menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu meningkat kepada 1,362,718 kes.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 274, Pulau Pinang 117, Negeri Sembilan 112, Perak 109, Sabah 75, Sarawak 72, Wilayah Persekutuan Putrajaya 49, Melaka 49, Johor 44, Kedah 36, Pahang 25, Kelantan 15, dan Terengganu 11.

Negeri yang mencatatkan di bawah 10 kes adalah Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing merekodkan tiga kes.

Related posts

Leave a Comment