PM bertemu mantan PM di Jepun

PUTRAJAYA 27 Mei – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob  sempat bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Tokyo malam tadi pada Persidangan Nikkei ke-27.

Perdana Menteri menjelaskan, Dr Mahathir berada di Tokyo kerana turut dijemput memberi ucaptama pada persidangan berkenaan, hari ini.

“Sempat bertemu dan bertanya khabar dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei di Tokyo malam tadi. Beliau berada di Jepun untuk turut memberi ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 itu hari ini.

Saya menyampaikan ucaptama pada persidangan itu dalam bahasa Melayu semalam,” kata Ismail Sabri dalam hantaran di Facebooknya (FB), hari ini.

Persidangan Nikkei dianjurkan Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995 menghimpunkan pemimpin kerajaan dan tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.

Foto yang disertakan FB Ismail Sabri memaparkan Perdana Menteri bersalam dengan Dr Mahathir sambil disaksikan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dan Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim.

Related posts

Leave a Comment