2,123 kes baharu Singapura

SINGAPURA 16 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,123 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12  tengah hari ini yang melibatkan 2,073 jangkitan tempatan dan 50 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,245,007 dengan jumlah kematian setakat ini 1,366 orang termasuk tiga yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Sebanyak 1,879 kes baharu Protokol 2, direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes itu terdiri daripada 1,842 jangkitan tempatan dan 37 kes import manakala…

Read More

Seri Paduka menghadap Presiden UAE

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadap Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang baharu, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan. Rombongan baginda tiba di Istana Mushrif (Istana Presiden) Abu Dhabi kira-kira pukul 12 tengah hari waktu tempatan. Dalam pertemuan secara bersemuka selama hampir satu jam, Seri Paduka berkenan menyampaikan titah salam takziah kepada Presiden dan kerajaan UAE atas kemangkatan Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan. Baginda menyifatkan pemergian Almarhum Sheikh Khalifa sebagai kehilangan besar kepada rakyat UAE dan negara-negara Arab dan menzahirkan harapan…

Read More

Bersatu belum pasti calon Bagan Serai

IPOH 16 Mei – Pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), belum membuat sebarang keputusan siapa yang akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Justeru hasrat Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk bertanding di Parlimen itu hanya bersifat peribadi dan tidak melibatkan parti. Setiausaha Bersatu Perak, Zainol Fadzi Paharuddin dilaporkan berkata, pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU. “Memanglah masing-masing ada merasakan kelayakan untuk bertanding di sini, di situ dan akhirnya yang buat…

Read More

Bersatu tanding 10 kerusi BN

MARANG 16 Mei – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri mengumumkan untuk meletakkan calonnya di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Razali Idris berkata, pihaknya juga akan meletakkan calonnya bertanding di kerusi Parlimen Besut, selain mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu. Beliau berkata, melalui perbincangan pengagihan kerusi, Pas bersetuju menyerahkan 10 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen dikuasai BN kepada Bersatu. Katanya, senarai calon untuk 10 kerusi DUN telah diserahkan kepada Pengerusi Bersatu, Muhyiddin…

Read More

Amanah Pulau Pinang mahu 7 kerusi

TASEK GELUGOR 16 Mei – Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang memutuskan untuk bertanding di dua kerusi Parlimen serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15). Pengerusinya, Dr Roslan Ahmad, berkata keputusan itu dipersetujui melalui perbincangan dengan sekretariat Pakatan Harapan (PH). “Kita putuskan untuk bertanding di dua Parlimen iaitu Tasek Gelugor dan Kepala Batas, manakala lima kerusi DUN iaitu Sungai Dua, Permatang Berangan, Penaga, Permatang Pasir dan Bayan Lepas,” katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Parlimen Tasek Gelugor, di sini, malam…

Read More

1,118 kes baharu di Filipina

MANILA 16 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,118 kes baharu dalam tempoh 9 hingga 15 Mei 2022, demikian menurut buletin mingguan DoH. Angka itu menunjukkan purata kes harian baharu pada minggu itu adalah 160, iaitu 0.3 peratus lebih rendah berbanding minggu sebelumnya. Daripada jumlah itu 14 daripadanya mempunyai penyakit serius dan kritikal, manakala 16 kematian direkodkan di mana 10 berlaku antara 2 hingga 15 Mei. Sehingga 15 Mei 2022, terdapat 588 pesakit yang teruk dan kritikal yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19. Daripada 2,812 katil ICU untuk pesakit…

Read More

Kes harian Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 16 Mei  – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 kepada 294 berbanding 248 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 144,956. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Abu Bakar Apong berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 294 adalah hasil Ujian ART dan tiga kes lagi hasil daripada 282 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap mewakili Menteri Kesihatan pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan…

Read More

Kes Thailand catat penurunan

BANGKOK 16 Mei – Thailand mencatatkan 5,238 kes baharu Covid-19 dan 40 lagi individu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,379,084 dengan 29,512 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 6,094 kes dan 51 kematian yang direkodkan semalam, Ahad. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,236 adalah kes jangkitan penularan tempatan manakala dua lagi kes import. Semalam, sebanyak 9,168 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,282,767 orang. Sebanyak 66,805 menerima rawatan perubatan berkaitan Covid-19.…

Read More

Sudah djangka kes lepas raya naik

PUTRAJAYA 16 Mei – Jumlah pesakit Covid-19 membabitkan Kategori 1 hingga 5 yang dimasukkan ke hospital awam dalam tempoh 8 hingga 14 Mei lalu, iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menunjukkan peningkatan mendadak. Beberapa indikator kesihatan awam juga menunjukkan peningkatan pada kadar 100 peratus dalam tempoh sama iaitu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memang sudah menjangka akan berlaku kenaikan kes selepas perayaan Aidilfitri yang disambut meriah pada awal bulan ini. Selain kenaikan mendadak jumlah kemasukan pesakit ke hospital…

Read More

Singapura kesan 3 kes subvarian Omicron

SINGAPURA 16 Mei – Tiga kes subvarian Omicron baru dikesan di Singapura, iaitu dua kes dijangkiti varian BA.4 dan satu kes tempatan  disahkan varian BA.5. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), ini adalah kes masyarakat pertama yang disahkan dijangkiti dengan  varian BA.4 dan BA.5. Kes ini dikesan melalui ujian lanjut terhadap sampel positif tindak balas rantai polimerase (PCR) dan disahkan melalui penjujukan genom keseluruhan (WGS). Pusat Eropah bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit (ECDC) baru-baru ini menyenaraikan virus Omicron sebagai varian yang membimbangkan.  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menambah varian BA.4 dan BA.5…

Read More