2,123 kes baharu Singapura

SINGAPURA 16 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,123 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12  tengah hari ini yang melibatkan 2,073 jangkitan tempatan dan 50 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,245,007 dengan jumlah kematian setakat ini 1,366 orang termasuk tiga yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sebanyak 1,879 kes baharu Protokol 2, direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes itu terdiri daripada 1,842 jangkitan tempatan dan 37 kes import manakala

244 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 231 jangkitan tempatan dan 13 kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.32 berbanding 1.39 semalam.

Sementara itu, seramai 278 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 274 semalam di mana 34 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, lapan dipantau rapi di ICU manakala 3,846 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment