Seri Paduka menghadap Presiden UAE

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadap Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang baharu, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Rombongan baginda tiba di Istana Mushrif (Istana Presiden) Abu Dhabi kira-kira pukul 12 tengah hari waktu tempatan.

Dalam pertemuan secara bersemuka selama hampir satu jam, Seri Paduka berkenan menyampaikan titah salam takziah kepada Presiden dan kerajaan UAE atas kemangkatan Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan.

Baginda menyifatkan pemergian Almarhum Sheikh Khalifa sebagai kehilangan besar kepada rakyat UAE dan negara-negara Arab dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga beliau bersabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.

Sheikh Khalifa mangkat Jumaat lepas ketika masih menyandang Presiden UAE dan juga Pemerintah Abu Dhabi

Seri Paduka Baginda juga mengucapkan tahniah atas pelantikan Sheikh Mohamed sebagai Presiden dan Ketua Negara UAE yang baru.

Titah baginda, hibungan dua hala yang sedia ada terjalin antara kedua-dua negara akan terus dipertingkatkan khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

Related posts

Leave a Comment