Kes harian Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 16 Mei  – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 kepada 294 berbanding 248 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 144,956.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Abu Bakar Apong berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 294 adalah hasil Ujian ART dan tiga kes lagi hasil daripada 282 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap mewakili Menteri Kesihatan pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan Kategori 4.

Katanya, sebanyak 272  kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 143,060 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,675 kes, iaitu 15 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,660 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Satu kematian direkodkan tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19.

Sementara itu setakat semalam, sebanyak 31,933 dos pertama vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, manakala

sebanyak 9,925 dos kedua diberikan kepada kumpulan kanak-kanak berkenaan.

Liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini, yang mendapatkan tiga dos vaksin pula adalah pada kadar 68.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment