Kes Thailand catat penurunan

BANGKOK 16 Mei – Thailand mencatatkan 5,238 kes baharu Covid-19 dan 40 lagi individu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,379,084 dengan 29,512 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 6,094 kes dan 51 kematian yang direkodkan semalam, Ahad.

Daripada jumlah itu, sebanyak 5,236 adalah kes jangkitan penularan tempatan manakala dua lagi kes import.

Semalam, sebanyak 9,168 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,282,767 orang.

Sebanyak 66,805 menerima rawatan perubatan berkaitan Covid-19.

Untuk rekod, kematian tertinggi direkodkan adalah pada 13 Ogos 2021 dengan 312 orang manakala jumlah kes tertinggi adalah 28,379 pada 1 April 2022.

Related posts

Leave a Comment