1,118 kes baharu di Filipina

MANILA 16 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,118 kes baharu dalam tempoh 9 hingga 15 Mei 2022, demikian menurut buletin mingguan DoH.

Angka itu menunjukkan purata kes harian baharu pada minggu itu adalah 160, iaitu 0.3 peratus lebih rendah berbanding minggu sebelumnya.

Daripada jumlah itu 14 daripadanya mempunyai penyakit serius dan kritikal, manakala 16 kematian direkodkan di mana 10 berlaku antara 2 hingga 15 Mei.

Sehingga 15 Mei 2022, terdapat 588 pesakit yang teruk dan kritikal yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.

Daripada 2,812 katil ICU untuk pesakit Covid-19, sebanyak 438 (15.6%) diisi pesakit manakala 17.5 peratus daripada 23,707 katil bukan ICU Covid-19 sedang digunakan.

Sementara itu, lebih 68 juta individu atau 76.29 peratus daripada populasi sudah divaksinasi Covid-19 manakala 13.6 juta individu menerima suntikan penggalak mereka.

Sebanyak 6.7 juta warga emas atau 77.12% daripada sasaran penduduk A2 itu telah menerima vaksinasi.

Related posts

Leave a Comment