SOP kelab malam, karaoke di Sabah

KOTA KINABALU 13 Mei – Sabah membenarkan premis kelab malam dan karaoke berlesen beroperasi mulai esok (14 Mei) dengan tiga ketetapan prosedur operasi standard (SOP) ketat. Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun berkata, SOP pertama adalah tidak dibenarkan tari-menari sepanjang berada dalam premis. Kedua, individu yang memasuki kelab malam dan karaoke juga hendaklah lengkap divaksin dan menerima dos penggalak. Selain itu, pemeriksaan mengenai tahap risiko dan imbasan MySejahtera adalah diwajibkan sebelum memasuki kelab malam atau karaoke. Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam kenyataannya berkata sebanyak 78…

Read More

Berkabung sejuta nyawa AS hilang

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkabung memperingati kehilangan sejuta nyawa rakyatnya kepada Covid-19, dengan Presiden AS, Joe Biden, menyifatkannya sebagai tragedi kemanusiaan terbesar. AS terus kekal sebagai negara paling terjejas di dunia akibat koronavirus dengan mencatat 84,066,379 kes jangkitan dan 1,026,109 kematian setakat ini. Menurut kenyataan Rumah Putih, Biden menyifatkan setiap kehilangan nyawa itu sebagai sesuatu yang tiada galang ganti. “Setiap nyawa ini meninggalkan sebuah keluarga, satu masyarakat dan negara ini berubah buat selamanya akibat pandemik ini. Namun, negara kita tidak boleh tergugat akibat pandemik ini. Walaupun kita bersedih jangan alpa…

Read More

Lantikan baharu gagal reda kemarahan

COLOMBO 13 Mei –  Pelantikan Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri baharu gagal meredakan kemarahan penduduk Sri Lanka yang berdepan krisis terburuk sejak negara itu merdeka pada 1948. Majoriti masih menuntut penyingkiran Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, sekali gus melenyapkan cengkaman keluarga Rajapaksa, bagi membuka laluan bagi penubuhan kerajaan baharu. Malah, usaha Wickremesinghe selaku pembangkang veteran yang dilantik sebagai Perdana Menteri bagi kali keenam, untuk membentuk kerajaan perpaduan hari ini turut menemui kebuntuan kerana tidak disokong parti lain. Beliau menggantikan Mahinda Rajapaksa, 76, yang meletak jawatan pada Isnin lalu di tengah-tengah…

Read More

4,291 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 13 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,291 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini dengan melibatkan 4,179 jangkitan tempatan dan 112 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 1,236,850 dengan jumlah kematian 1,362 orang termasuk seorang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Menurut MoH, sebanyak 3,889 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,791 adalah jangkitan tempatan…

Read More

RM5 juta biaya khidmat kesihatan haji

PUTRAJAYA 13 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) membekalkan sekurang-kurangnya 3,000 ubat antiviral Paxlovid sebagai persediaan merawat jemaah haji yang dijangkiti Covid-19 semasa berada di tanah suci. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, petugas perubatan akan menilai kesesuaian pesakit sebelum ubat itu diberikan kepada jemaah yang positif Covid-19. Dalam kenyataan medianya, beliau berkata, langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi akan dipertingkat bagi mengawal penularan wabak ini dan penyakit berjangkit yang lain. Katanya, bagi membiayai perbelanjaan perkhidmatan kesihatan jemaah haji Malaysia tahun ini, kerajaan meluluskan pembiayaan RM5 juta yang merangkumi perolehan ubat-ubatan dan alat…

Read More

Presiden UAE meninggal dunia

ABU DHABI 12 Mei – Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi meninggal dunia pada usia 73 tahun hari ini, Jumaat. Berita kemangkatan itu diumumkan oleh Agensi Berita Emiriyah (WAM). Almarhum dilahirkan pada 1948 dan menaiki takhta Abu Dhabi pada 2004 bagi menggantikan ayahandanya, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, presiden pertama sejak 1971 sehingga mangkat pada 2 November 2004. Sheikh Khalifa adalah presiden kedua UAE dan yang ke-16 sebagai pemerintah Abu Dhabi. Di bawah Perlembagaan, Naib Presiden dan Perdana Menteri…

Read More

Singapura tawar vaksin Nuvaxovid

SINGAPURA 13 Mei – Vaksin Nuvaxovid Covid-19 keluaran Novavax boleh ditempah mulai hari ini bagi individu berusia 18 tahun ke atas yang boleh menerima vaksinasi termasuk suntikan penggalak. Warga Singapura boleh mendapatkan suntikan tersebut di Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) Bishan di bekas tapak Sekolah Menengah Bishan Park, atau mana-mana 20 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang mengambil bahagian. Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya berkata,  PHPC akan menawarkan vaksin Nuvaxovid bermula 18 Mei 2022 sementara JTVC Bishan akan menawarkannya bermula 24 Mei 2022.  Mereka yang berminat mendapatkan vaksin tersebut boleh…

Read More

Singapura siap proses jemaah haji

SINGAPURA 13 Mei – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berjaya memproses 407 tempat bagi jemaah yang terpilih menunaikan haji tahun ini. Dalam kenyataannya, MUIS memaklumkan kesemuanya telah berdaftar dengan ejen penjualan pakej haji dan telah membuat bayaran bagi pakej haji pilihan mereka. MUIS kini sedang berusaha untuk mendapatkan visa haji mereka dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi. “Secara keseluruhannya, ia satu proses amat lancar dengan jemaah haji yang berjaya diberikan tempat haji mengikut syarat dan keperluan bagi Haji 2022 dan juga tempat dalam Sistem Pendaftaran Awal Haji (AHRS) Muis,” kata MUIS. Awal…

Read More

270 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 13 Mei  – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan 270 kes baharu Covid-19, menunjukkan peningkatan berbanding 250 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 144,136. Menteri Dalam Negeri Abu Bakar Apong berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 268 adalah hasil Ujian ART dan dua kes lagi hasil daripada 280 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap mewakili Menteri Kesihatan pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang…

Read More