4,291 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 13 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,291 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini dengan melibatkan 4,179 jangkitan tempatan dan 112 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 1,236,850 dengan jumlah kematian 1,362 orang termasuk seorang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Menurut MoH, sebanyak 3,889 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,791 adalah jangkitan tempatan dan 98 kes import.

Sebanyak 402 lagi kes disahkan menerusi ujian PCR, iaitu 388 jangkitan tempatan manakala 14 adalah kes import.

Sementara itu, sebanyak 266 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 265 semalam di mana 28 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa; enam kes dipantau rapi di ICU manakala 4,682 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat Khamis (12 Mei), sebanyak 96 peratus penduduk Singapura yang layak telah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment