Singapura catat 3,890 kes

SINGAPURA 11 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,890 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,716 jangkitan tempatan dan 174 kes import. Ini meningkat jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,228,914 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,358 orang termasuk dua kematian yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 3,495 kes baru Protokol 2 dilaporkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Ini terdiri daripada 3,343 jangkitan tempatan dan 152…

Read More

Kes harian Thailand meningkat

BANGKOK 11 Mei – Thailand merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 7,650 kes dengan 56 kematian hari ini berbanding 6,230 kes dan 53 orang dilaporkan meninggal dunia semalam. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) jumlah kes harian itu tidak termasuk 9,736 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 17,386 kes. Sebanyak 7,647 kes adalah jangkitan tempatan manakala tiga kes import iaitu dari United Kingdom, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. Setakat semalam, sebanyak 78,274 orang mendapatkan rawatan  Covid-19 termasuk 28,343 di hospital…

Read More

MN : UMNO akan muktamad kedudukan

KUALA LUMPUR 11 Mei – UMNO akan memuktamadkan kedudukan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) yang dibina bersama Pas selepas menerima pandangan khususnya pimpinan parti di semua peringkat. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, berkata buat masa ini kenyataan berhubung status UMNO dalam MN yang dizahirkan pemimpin tertentu hanya sekadar pandangan individu. “Biar parti yang buat keputusan. Kepimpinan macam Presiden (Dr Ahmad Zahid Hamidi) sudah beri pandangan dan kita akan bincang dalam mesyuarat Biro Politik, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk dapatkan pandangan dan nasihat apa yang dikatakan presiden parti itu. “Kita…

Read More

244 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 11 Mei  – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan 244 kes baharu Covid-19 berbanding 265 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 143,616. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 236 adalah hasil Ujian ART dan lapan kes lagi hasil daripada 332 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 11 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam terus mencatatkan lonjakan kepada 0.90 berbanding 0.75 kelmarin. Melaka satu-satunya negeri yang menyamai kadar kebangsaan itu sementara negeri-negeri lain di bawah kadar itu didahului Pulau Pinang dengan 0.89. Ini diikuti Kelantan 0.86, Kedah 0.81, Johor 0.78, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.77 dan Pahang 0.75. Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sabah masing-masing merekodkan 0.71, Sarawak 0.70, Negeri Sembilan 0.68, Terengganu 0.66 dan Selangor 0.62. Sementara itu Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 15 kes manakala Perlis lapan kes. Nilai R-naught…

Read More

Bersihkan parti sempena ulang tahun

KUALA LUMPUR 11 Mei – UMNO memerlukan suntikan semangat baharu sempena ulang tahun ke-76 dengan  ‘membersihkan’ parti itu supaya ia muncul kembali sebagai jaguh dalam perjuangan kepada agama, bangsa dan negara. Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, semua pemimpin dan anggota UMNO perlu berani “membersihkan” parti keramat itu dari sebarang kekotoran akibat rasuah dan salah guna kuasa. “Hanya dengan usaha membersihkan parti itu sahaja, anak-anak muda di negara ini akan bersedia untuk mewarisi kepemimpinan parti keramat yang begitu banyak berjasa kepada bangsa, negara dan agama,” katanya dalam satu…

Read More

Singkirkan kepura-puraan dalam UMNO

KUALA LUMPUR 11 Mei – UMNO perlu terus menjadikan pentas wacana sebagai platform diskusi serta mendengar sebarang teguran daripada semua pihak termasuk pemegang taruh dan rakyat, kata Timbalan Presiden, Mohamad Hassan. Beliau berkata usaha itu perlu bagi memulihkan semula parti yang menjangkau usia 76 tahun itu agar kekal relevan dan diterima rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Tegas beliau, jangan hanya perlu menunggu kehadiran tarikh 11 Mei yang bersamaan dengan ulang tahun penubuhan UMNO untuk berikrar memperkasakan parti dengan menyusun strategi, memperbaiki kelompongan dan kelemahan parti. “(UMNO) mesti membuka telinga,…

Read More

DAP ada masa cari calon Bangi

KAJANG 11 Mei – Parlimen Bangi akan menjadi kawasan pengundian yang mencabar kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), berikutan jumlah pengundi yang tinggi dan hampir 100,000 adalah pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ramai anak muda tinggal di kawasan Parlimen ini, disertakan demografi (Bangi) di peringkat kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kaum. “Jadi, kepada sesiapa sahaja yang bakal menggantikan Ahli Parlimen Bangi (Ong Kian Ming), ini satu faktor mencabar yang perlu dipertimbangkan parti dalam menghadapi PRU15,” katanya pada sidang…

Read More

1.5 juta masuk Madinah

MADINAH 11 Mei – Seramai 1,542,960 jemaah umrah tiba di Madinah melalui laluan udara, darat dan laut sejak awal musim umrah tahun ini, demikian menurut laporan  Agensi Kementerian Haji dan Umrah bagi Ehwal Lawatan di Madinah. Memetik laporan Saudi Gazette, daripada jumlah itu, 1,300,380 jemaah umrah telah pulang manakala 242,580 masih berada di Madinah sehingga Isnin. Statistik menunjukkan jumlah pelawat tertinggi, berdasarkan kewarganegaraan yang datang ke Madinah untuk mengunjungi dan bersolat di Masjid Nabawi pada musim umrah kali ini adalah warga Iraq dengan 313,815 jemaah. Ini diikuti oleh Pakistan (201,003…

Read More

New Zealand buka sempadan 31 Julai

AUCKLAND 11 Mei – Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan New Zealand akan membuka semula sempadan antarabangsanya mulai 31 Julai depan, dua bulan lebih awal daripada jangka masa ditetapkan kerajaan. Katanya, beberapa hari lagi iaitu mulai 16 Mei visa pelawat dari Kepulauan Pasifik akan dibuka secara atas talian manakala pada 4 Julai semua kategori visa kerja dibuka untuk permohonan. Begitu juga dengan visa pelajar dan pelawat seluruh dunia akan dibuka semula pada 31 Julai yang juga akan menandakan kembalinya pendidikan antarabangsa manakala kapal persiaran dialu-alukan ke pelabuhan tempatan pada hari sama.…

Read More