Kes harian Thailand meningkat

BANGKOK 11 Mei – Thailand merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 7,650 kes dengan 56 kematian hari ini berbanding 6,230 kes dan 53 orang dilaporkan meninggal dunia semalam.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) jumlah kes harian itu tidak termasuk 9,736 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 17,386 kes.

Sebanyak 7,647 kes adalah jangkitan tempatan manakala tiga kes import iaitu dari United Kingdom, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Setakat semalam, sebanyak 78,274 orang mendapatkan rawatan  Covid-19 termasuk 28,343 di hospital dan dalam kalangan itu, sebanyak 1,387 pesakit dalam keadaan kritikal dan 690 bergantung kepada ventilator.

Menurut CCSA, sebanyak 56 yang meninggal dunia adalah mereka yang berumur antara 38 hingga 98 tahun.

Sementara itu Bangkok terus merekodkan kes tertinggi iaitu 2,463, diikuti 308 kes di Khon Kaen, Maha Sarakham 241, Ubon Ratchathani 238, Buri Ram 232, Samut Prakan 198, Chon Buri 189, Surin dan Roi Et masing-masing 178 dan Chaiyaphum 167.

Related posts

Leave a Comment