Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 11 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam terus mencatatkan lonjakan kepada 0.90 berbanding 0.75 kelmarin.

Melaka satu-satunya negeri yang menyamai kadar kebangsaan itu sementara negeri-negeri lain di bawah kadar itu didahului Pulau Pinang dengan 0.89.

Ini diikuti Kelantan 0.86, Kedah 0.81, Johor 0.78, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.77 dan Pahang 0.75.

Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sabah masing-masing merekodkan 0.71, Sarawak 0.70, Negeri Sembilan 0.68, Terengganu 0.66 dan Selangor 0.62.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 15 kes manakala Perlis lapan kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment